SEJARAH SEKOLAH

   

 MENU
Home
Visi, Misi & Matlamat
Sejarah Sekolah
Profail Sekolah
Lagu Sekolah
Pentadbiran
Hal Ehwal Pelajar
Kurikulum
Pusat Sumber Sekolah
Bank Soalan
Buletin
 AKTIVITI:-
Kelab, Persatuan & Sukan
Pelajar

Guru  
Waktu Sekarang
 

 


 

         Pada asalnya sekolah ini adalah sekolah Melayu En. Sh Ahmad bin Sh Parat telah mewakafkan tanah kepada Jabatan Pendidikan untuk dijadikan sebuah sekolah. Pada awal Januari 1965, sesi persekolahan dimulakan dengan jumlah 65 orang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih. Nama ini dipilih semperna nama tempat sekolah ini yang terletak dikawasan tanah putih.

        Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh yang berhormat En. Khir Bin Johari pada 9 Oktober 1967.pada tahun 1981, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat.selaras dengan kehendak kementerian pelajaran ketika itu yang mengkehendaki semua sekolah menengah dinamakan dengan tokoh tempatan yang berjasa dan telah meninggal dunia.

       Terdapat juga cadangan untuk menamakan sekolah ini menurut tuan punya asal tanah ini tetapi cadangan itu ditolak. Keluasaan kawasan sekolah ini pada masa kini adalah 3.6883 hektar.pada peringkat awal nama yang mahu digunakan hanyalah sekolah kebangsaan tanah putih,tetepi dinasihatkan oleh pihak pendaftar Sekolah-Sekolah Pahang supaya ditambah menjadi Sekolah Kebangsaan Dato Mahmud Mat. Alasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan dengan nama Mahmud. Nama Dato’ Mahmud Mat dipilih kerana sebuah sekolah di Raub. Sekolah menengah beliau adalah merupakan seorang tokoh yang berjasa besar terhadap negeri Pahang.

       Dato Mahmud Mat dilahirkan pada tahun 1894 dan anak jati daerah Pekan. Beliau adalah Menteri Besar Pahang yang pertama.di peringkat Persekutuan beliau pernah dilantik menjadi Menteri Tanah dan Galian yang pertama serta Speaker Dewan Rakyat yang pertama.beliau telah dianugerahkan penghormatan tertinggi iaitu Dato’ Setia Wangsa oleh DYMM Sultan Pahang. Sejarah latar belakang beliau yang hanya merupakan anka kampong tetapi berjaya mengangkat martabat dirinya hingga ke tahap yang membanggakan,diharapkan menjadi inspirasi kepada semua pelajar sekolah ini.

Dato Mahmud Mat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

       
 
 
 

Kemaskini Pada : 10 April 2006  

Cadangan | Email : smkdmm@gmail.com | WEBMaster ©2006 SMKDMM. Hak Cipta Terpelihara