Perihal Hari Guru  
                     
         
LOGO HARI GURU
 
             
     
WARNA
MAKNA
Putih
Menunjukan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
Menunjukkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.
Kuning
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
Menunjukkan perpaduan dan muhibbah.
 
         
IKRAR GURU
   
       
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masayarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prisip Rukun Negara
Pada setiap masa

 
   
LAGU RASMI HARI GURU
     
LAGU TEMA HARI GURU
 
 
GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan

 
BERSATU MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Lagu oleh Rosli Ahmad
Lirik oleh Norazah Shariff

Mendidik anak bangsa Malaysia
Agar menjadi warga yang berwibawa
Pendidikan berteraskan keikhlasan
Kita memartabatkan profesion gemilang
Dengan tabah dan berani
Kita mencurahkan bakti
Sama mencorak warna kecemerlangan
Bersatu memartabatkan profesionperguruan
Maju Malaysia untuk selamanya
Pendidikan berkualiti cerna wawasan sejati
Akhlak yang mulia menjadi terasnya
Kepadamu Malaysia
Kami pendidik berikrar dan berjanji
Kepadamu Malaysia
Moga sejahtera kita selamanya

Lagu Guru Malaysia

Sila klik di bawah untuk mendengar lagu Guru Malaysia:

Jika anda tidak mempunyai perisian RealPlayer, sila klik sini.

Lagu Guru Malaysia : Tanpa vokal Lagu Guru Malaysia : Dengan vokal