Internet Explorer Jangan Digunakan. Pilihlah Firefox.

Dengan pelbagai masalah yang timbul akibat kelemahan, ralat (bug) yang
dihadapi oleh Microsoft Internet Explorer maka sudah sampai masanya
bagi pengguna komputer dan Internet menghentikan penggunaan Internet
Explorer dan beralih kepada Mozila Firefox. Perisian Pelayar Internet
yang stabil, bebas, percuma dan kurang kesan ralat yang merbahaya.

Jika setiap kali melawat pelbagai tapak laman dalam pencarian
bahan-bahan di Internet dengan Internet Explorer menyebabkan Internet
Explorer terbuka sendiri, pop-up iklan dijalankan dan muka pertama
Internet Explorer telah bertukar kepada ruang iklan maka sudah sampai
masanya untuk berubah kepada Mozilla Firefox. Dengan perlindungan
pop-up, tidak menjalankan perisian berasas Active-X (punca adware dan
spyware) maka tiada sebab untuk tidak beralih kepada Firefox.


Bagaimana pula bagi anda yang tidak boleh membuat kemas-kini Windows
XP dan Internet Explorer anda kerana disebabkan masalah perlesenan.
Langkah menggunakan Mozilla Firefox boleh mengurangkan risiko
jangkitan trojan, adware dan spyware.

Bagi pembina tapak laman. Inilah masa untuk mendapat pendapatan
daripada Internet melalui Google Adsense Firefox Refferal Program.
Bagi Webmaster dan pemilik tapak laman, Google dengan kemudahan
Adsense, akan memberikan sehingga satu dolar bagi setiap pengguna
Internet Explorer yang muat turun Firefox dan kemudian muat turun
Google Toolbar melalui butang khas yang dimasukkan dalam tapak laman
anda. Sila rujuk

Sila lawat laman dibawah ini untuk keterangan lanjut.

http://www.wanita.us/firefox-adsense.php
http://www.explorerdestroyer.com/

Ia juga untuk mereka yang memiliki blog sama ada melalui komputer
pelayan sendiri atau pun percuma. Ia boleh diletakkan dengan script
daripada laman diatas, yang akan memujuk pengguna Internet Explorer
bertukar kepada Firefox dimana anda boleh mendapat sehingga satu dolar
bagi pendaftaran yang bersesuaian.

Anda perlu mempunyai Akaun di Google Adsense. Lawat laman dibawah
untuk keterangan lanjut.

http://www.wanita.us/firefox-adsense.php

Untuk tujuan lain. Dengan penggunaan Mozilla Firefox yang meningkat,
ia akan memastikan standard penggunaan Internet tidak dikuasai oleh
syarikat besar. Penggunaan Mozilla Firefox akan memastikan hanya
standard yang umum dan terbuka akan digunakan tanpa ikatan perlesenan
dan bayaran daripada syarikat tertentu.

Maka jangan tunggu. Gunakanlah Mozilla Firefox. Anda pasti tidak akan
menyesal.