Windows XP Anda Adakah Telah Dikemas kini?

Artikel ini di Internet :

http://groups.google.com.my/group/hafnie

Secanggih mana mana perisian anti-virus, sekerap mana kemas kini
definasi virus dilakukan, tanpa membuat kemas kini kepada sistem
operasi Windows XP, masih terbuka jalan buat trojan dan virus
untuk menyerang.

Ramai pengguna komputer WIndows XP tidak menyedari wujudnya Windows
XP Automatic Updates. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan muat turun
kemas kini kepada ralat Windows XP oleh Microsoft melalui Internet.
Dengan cara ini, pengguna Windows XP tidak perlu lagi melawat laman
khusus seperti http://windowsupdate.microsoft.com/

Oleh kerana kebanyakan kemas kini daripada Microsoft adalah critical
kepada keselamatan Windows XP, maka kemas kini perlu dimuat turun
secepat mungkin. Sifat manusia yang mungkin terlupa atau tidak
menyedari ada kemas kini terbaru maka Automatic updates ini telah
menjadi satu keperluan untuk dijalankan terutama bagi Windows XP
yang telah dikemas kini dengan Service Pack 2 (SP2).

Kemas kini menjadi penting sekiranya Windows XP anda masih lagi
dengan Service Pack (SP) 1 atau tiada langsung SP. Cara untuk
memeriksanya :-

Cari Ikon My Computer di atas Desktop atau pada butang Start. Dengan
Klik butang kanan tetikus

My Computer -> Properties.

Rujuk penyataan Windows XP pada System: yang akan dituruti sama ada
Home atau Pro dan kemudian jenis SP.

Jam masa Automatic Updates perlu diperiksa. Klik tab Automatic Updates
Buatlah pilihan Automatic (Recommended) dan diikuti dengan masa yang
sesuai. Dicadangkan pilih Every Day dan masa Internet dapat dicapai
dan komputer biasa digunakan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai
contoh jika di pejabat pukul 10 pagi adalah masa yang sesuai manakala
di rumah mungkin sekitar pukul 9 malam.

Kemas kini akan dimuat turun secara automatik. Bergantung komputer
pelayan Microsoft, jenis-jenis kemas kini yang diperlukan dan kelajuan
Internet anda. Kemas kini akan mengambil masa tertentu untuk muat
turun. Apabila kemas kini bermula, satu icon bumi berserta logo
Microsoft akan kelihatan di tepi kanan bawah di bahagian jam Windows
XP.

Sebelum SP2, Windows update yang telah dimuat turun perlu dipasang
sendiri dengan klik icon perisai kuning berlambang tanda seruan. Icon
ini menggantikan icon muat turun itu tadi. Pilihlah "Express Install"
dan kemudian butang Next dan kemudian Install.


Untuk Windows XP dengan SP2, setelah "update" dimuat turun, kemas
kini boleh dilakukan sama ada seperti diatas atau sewaktu shutdown
Windows XP, ia akan dilakukan secara automatik. Jika dilakukan
sewaktu shutdown, anda perlu tunggu lebih lama sedikit daripada
biasa sewaktu Windows memasang "update" baru.

Jika anda tidak mahu memasang update sewaktu "shutdown" tekanlah
terus butang shift sebelum menekan butang "shutdown". Namun begitu
"update" masih perlu dilakukan dan ia akan ditanya pada "shutdown"
lain nanti.

Sekiranya anda sering melakukan "update", jangka masa kemas kini
akan menjadi semakin kurang dan adakala ia tidak disedari.

Bagi anda yang tidak dapat membuat kemas kini atas sebab-sebab
perlesenan, tindakan awal yang anda boleh lakukan adalah dengan
melakukan beberapa perkara penting sebagai pelan tindakan sementara.

(1) Pastikan "Firewall" bina dalam Windows XP dijalankan.

(2) Pastikan Antivirus terbaru dipasang.

(3) Pastikan anda tidak menggunakan Internet Explorer kerana banyak
kelemahan Windows XP adalah daripada Internet Explorer.

Untuk perkara pertama ia boleh dilakukan berdasarkan artikel ini.
http://www.microsoft.com/windowsxp/using/networking/learnmore/icf.mspx
http://www.dshield.org/clients/windows_xp_firewall_setup.html

Untuk perkara kedua boleh muat turun

http://free.grisoft.com/ (Free Edition) http://www.clamwin.com/
(Open Source)

Untuk perkara tiga, Mozilla Firefox adalah pilihan yang terkini. Sila
lawat laman http://www.wanita.us/firefox.php untuk artikel tentangnya
atau muat turun di http://www.mozilla.org/

Diharapkan artikel ini dapat menyedarkan pengguna Windows XP
kepentingan kemas kini Windows XP anda kerana ia mampu dalam
melindungi kepentingan dan data anda.